top of page

 

 

Pengasas ZUE Beauty Facial

IMG_0506.JPG

 

 

Puan Zuliana mempunyai pendidikan di dalam bidang Perniagaan & Pengurusan Teknologi serta memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi di Univertisi Teknologi Malaysia (UTM). Mempunyai pengalaman berkaitan bidang pengurusan lebih dari 10 tahun dan berpangalaman menganjurkan kursus-kursus keusahawanan dan seminar motivasi.

 

Memiliki sijil sebagai Certified Beauty consultant dan pernah mendapat pengiktirafan sebagai Top achiver Mobile home spa. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam memberi khidmat nasihat berkenaan dengan masalah kulit muka dan bergelar Professional Beautician. Mempunyai kepakaran dalam melatih dan membimbing lebih dari 2000 usahawan-ushawan spa sehingga berjaya menjana income sehingga 5 angka sebulan.

 

Syarikat MARVELOUS FZ No. Pendaftaran JM0652525-H telah ditubuhkan pada 08 April 2013. Zue Beauty Facial telah ditapakkan di bawah Syarikat MARVELOUS FZ dan sehingga kini masih menjalankan perniagaan berasaskan servis kecantikan, produk kecantikan dan kesihatan. Kami juga memberi latihan & bimbingan keusahawanan kepada mereka yang ingin membina perniagaan dalam bidang kecantikan ni.

 

Kepakaran kami ialah memberikan Perkhidmatan Facial Spa Bergerak ke rumah-rumah, ofis-ofis atau mana-mana kawasan yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Pihak kami menggunakan produk berjenama dari Jepun & Teknologi dari Korea yang sememangnya bersesuaian dengan kulit wanita asia and telahpun terbukti secara ujian clinical dan farmasautikal dari badan-badan pengujian yang bertauliah dunia.

 

Pihak kami mempunyai lebih dari 2000 orang beautician spa diseluruh negara bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang semakin meningkat saban hari.

 

Oleh kerana permintaan terhadap bidang kecantikan ini sangat tinggi kami secara sukarela ingin melatih & membimbing usahawan-ushawan wanita diluar sana yang ingin memiliki Perniagaan Mobile Home Facial Spa sendiri samada secara part time mahupun full time.

 

Latihan dan bimbingan dari segi pemasaran secara online & offline akan diberikan secara PERCUMA kepada mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini. Pihak kami juga mempunyai kepakaran dalam melatih ushawan-ushawan spa baru untuk memberikan servis facial yang terbaik kepada pelanggan. Sesi pembelajaran didalam kelas dan sesi praktikal turut diberikan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan HOME MOBILE FACIAL SPA ini.

Pengarah Urusan MARVELOUS FZ

PHOTO-2019-08-22-03-53-54_edited.jpg

 

Encik Firdauz mendapat pendidikan didalam bidang Kejuruteraan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Diploma Teknologi Elektrik & Elektronik dari Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM). Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun di dalam bidang Pengujian & Pensijilan barang-barang elektrikal & keperluan rumah.

 

Beliau juga berpengalaman luas di dalam mengajar & melatih owner-owner spa di dalam selok belok pemasaran secara online & offline sehingga ramai diantara ushawan wanita ini mampu memjana income dari RM1000 hingga ke RM10,000 dalam masa kurang dari sebulan.

bottom of page